Friday 23 September 2011

PENGHARAMAN VIDEO "UNDILAH"

Elok jugalah Video ni diharamkan. Ana dukacita apabila gambar Khalid Samad dengan seorang gadis "macam berdansa" disiarkan.

Ini menghina pendirian Islami parti PAS.

Apalah salahnya kalau diambil tokoh YB Ulamak depan masjid sambil bertasbih dan bukan berdansa untuk mesej "UNDILAH" . Apa salahnya pakai gambar Tuan Guru Hadi Awang atau Tuan Guru Nik Aziz dalam video "UNDILAH" ?

Lagipun wujud diskriminasi Agama - Minit 3.32 orang Cina sembahyang dan berdoa ;  minit 3.33 orang India sembahyang dan berdoa. Mana dia "frame" orang Islam sembahyang dan berdoa ?

Thursday 15 September 2011

MANSUH ISA: JUJURKAH NAJIB?

Mansuh ISA membawa berita gembira dalam masa yang sama berita sedih.


Gembira kerana undang-undang "draconian" ini tidak lagi wujud menjadi penghalang kepada falsafah dan dasar perjuangan parti-parti politik yang ada kalanya dianggap ekstremis oleh Kerajaan.


Gembira kerana, Tuan Guru Mat Sabu pun boleh tidur lena. Sudah dijamin beliau tidak akan dikenakan ISA akibat ucapan  berbau subversive berkaitan peristiwa Bukit Kepong.


Sedih kerana pembangkang kehilangan satu modal atau isu besar dalam usaha menewaskan BN dalam pilihanraya umum.


Namun, soalannya sekarang. Ikhlaskah atau jujurkah Najib untuk mansuhkan ISA . Ikhlaskah Najib untuk melakukan pembaharuan lain termasuk menghapuskan syarat pembaharuan tahunan untuk permit akhbar dan majalah?


Jika ikhlas, Najib patut segerakan pindaan undang undang tersebut. Satu sidang parlimen khas yang dipercepatkan perlu diadakan. Tidak mengapalah kalau nak panggil sidang parlimen itu sidang parlimen khas hadiah merdeka 2011.


Jika langkah mempercepatkan ini diambil, maka, barulah dianggap pengumuman Najib itu benar-benar ikhlas dan jujur. Apatah lagi jika akta ini dan syarat permit KDN ini dimansuh sebelum PRU ke 13.